Izara Aishah dalam satu kenyataan mengatakan dirinya kini memberikan perhatian lebih kepada perniagaan jenama fesyen miliknya berbanding terlibat dalam dunia lakonan.
Menerusi laporan, Izara memaklumkan dirinya memilih tawaran yang hanya menepati pilihannya sahaja dan menjadi lebih strict memilih naskah atau watak.
Baca Juga:
- ‘Allah Tutup Aib, Tak Perlu Kepochi Hal Orang Lain’ – Amira Othman
- ‘Sedih Dengan Industri Drama Melayu’ – Netizen Kecewa Pelakon Berumur 15 Tahun Dipilih Berlakon ‘Babak Dewasa’
- Berlakon Bukan Lagi Keutamaan, Tasha Shilla Kini Lebih Fokus Keluarga Dan Perniagaan
“Tahun ini saya sangat sibuk dengan perniagaan saya iaitu jenama fesyen saya sendiri.
“Saya hanya buat filem sekarang ini, dan hanya drama yang proper sahaja saya akan buat, InsyaAllah. Tapi buat masa sekarang belum lagi.
“Saya mahu tumpukan perhatian kepada perniagaan saya sebab ia baru saja ditubuhkan jadi memang kena beri sepenuh perhatian.” ujar Izara.
Tambahnya, dia masih lagi belum meninggalkan dunia lakonan sepenuhnya dan ada juga penerbit yang menawarkan projek kepadanya tetapi ditolak atas sebab tertentu.