Sejak beberapa bulan yang lalu, kemelut hubungan penyanyi veteran, ND Lala dan isteri, Datin Fauziah yang didakwa bermasalah disebabkan orang ketiga akhirnya terlerai apabila ND Lala dikatakan sudah melafazkan cerai melalui aplikasi WhatsApp.

Hal yang mengejutkan itu didedahkan sendiri oleh Fauziah dan dalam satu hantaran panjang di Instagram miliknya, Fauziah memaklumkan dia reda dengan kententuan dan tujuan dia memaklumkan kisah penceraiannya itu di Instagram adalah untuk mengelakkan fitnah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp.

“Doakan saya untuk terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.

“Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua.” ujar Fauziah.

Tambahnya, apa yang telah menjadi sejarah akan dia titipkan sebagai nadi kekuatan dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa.

Sekadar makluman, Fauziah dan ND Lala telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1989 dan hasil perkongsian hidup selama 34 tahun, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nurshahila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.