Anugerah muzik berprestij, MTV EMA 2023 yang bakal berlangsung di Paris pada bulan depan dibatalkan. Kenyataan ini dibuat pada hari ini menerusi media sosial rancangan tersebut.

Pengajur anugerah berkata, pembatalan itu bertujuan menghormati situasi semasa perang yang berlaku antara Gaza dan Israel.

Baca Juga:

Ujarnya lagi dalam satu kenyataan, ketidaktentuan situasi tersebut menyebutkan perayaan muzik di anugerah itu bukanlah masa yang sesuai untuk dilaksanakan.

Bahkan, perang di Gaza dan Israel telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak dan ketika ini merupakan waktu untuk dunia berkabung dan menghormati situasi semasa yang sedang berlaku.

Bagaimanapun, penganjuran semula anugerah berprestij itu bakal dijadualkan berlangsung pada November 2024.

Anugerah MTV EMA 2023 menampilkan barisan artis antarabangsa yang tercalon dalam kategori penghasilan video muzik terbaik sepanjang tahun.

Antara calon kategori utama termasuklah, Taylor Swift, Olivia Rodrigo, Bad Bunny dan Foo Fighters.

Swift telah mendahului pencalonan tahun ini dengan tujuh pencalonan, termasuk bagi kategori artis terbaik, lagu terbaik dan video terbaik untuk lagu hitnya “Anti-Hero.” Sementara Rodrigo dan SZA yang berada dibelakangnya pula mempunyai enam percalonan bagi setiap kategori tersebut.

Sumber