Sering kali hadir dengan gimik yang aneh serta tidak dijangka ramai, pelakon dan influencer, Aisar Khaled sekali lagi membuat kelainan sempena ulang tahun beliau yang ke-23 pada 6 Ogos lalu.

Menerusi perkongsian, dapat dilihat beliau bersama pasukan telah membuat persiapan di Uptown Setia Alam sempena majlis hari lahir beliau.

Baca Juga:

Aisar Khaled kemudiannya pada malam tersebut telah membaling kupon kepada para peminat beliau yang tunggu di bawah untuk menyambutnya diikuti dengan nyanyian.

Di sebalik niat utnuk berkongsi ‘rezeki’, terdapat segelintir netizen yang berpendapat tindakan beliau yang membaling kupon kepada para peminat itu dilihat seolah membaling dedak kepada ayam.

Malah, terdapat netizen yang sedih melihat cara beliau bersedekah yang dilihat kurang sopan dan beretika. Walai bagaimanapun, terdapat juga individu yang positif serta mendoakan Aisar dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan.

Sumber: TikTok @aisarkhaledd
Sumber: Instagram @aisarkhaledd

Sebelum ini, Aisar Khaled turut menjadi buah mulut ramai apabila mahu membuat konten melawat kubur arwah Siti Sarah dan juga membazirkan 1,000 Kool Fever semata-mata demi konten.