Influencer Aisar Khaled sekali lagi dikatakan kencing pengikutnya. Ini selepas dia dikatakan menangguhkan untuk belanja 500 orang makan seperti pada tarikh yang dijanjikan awalnya.

Sebelum ini ada pihak yang mendakwa Aisar sebagai kuat spin dalam memberikan hadiah dengan berterusan memancing pengikutnya dengan syarat syarat tertentu.

Baca Juga:

Selepas pengikutnya mengikut arahan dimintanya, dia kemudian akan mengemaskini syarat terbaru dan lagi dan lagi.

Malah ada yang menyindir modus operandi digunakan Aisar Khaled dalam menarik tontonan ke videonya.

Aisar sudah tampil menafikan bahawa dia menipu atau cuba kencing follower. Dia menegaskan dia cuma melakukan prosedur tersebut mengikut gaya dia sendiri. Misalnya menyuruh netizen meletakkan komen: “saya nak” dan sebagainya.

Dia berkata: “Awak kena faham, cara komen “saya nak” di komen live ini adalah cara saya. Tiga tahun dah saya buat macam ni.

“Disebabkan ramai yang panas, sebagai bukti hari ni saya akan pusing satu Malaysia untuk berkongsi rezeki kepada siapa yang komen dalam live saya.” ujar Aisar.

Belum pun reda lagi isu panas melibatkan Aisar Khaled sebelum ini, dia dah buat hal lain. Pengguna Twitter mendedahkan bagaimana Aisar memberitahu dia sudah menempah makanan untuk belanja 500 pengikutnya.

Namun keesokan harinya dia membatalkannya kerana dikatakan agak sibuk pada hari tersebut. Maka ramai menuduh Aisar Khaled sekali lagi kencing pengikutnya.

Nampaknya Aisar Khaled pasti ada alasan tersendiri kali ini kenapa dia terpaksa menangguhkan untuk belanja 500 pengikutnya makan.