Sebelum ini dilaporkan influencer Aisar Khaled dilabel penipu oleh segelintir orang apabila dia tidak lagi memilih pemenang kereta jenama Mercedes dalam cabutan bertuah.
Para netizen mula meragui Aisar dan dalam satu laporan, dia mengatakan dirinya akan membuat jelajar rumah ke rumah untuk memberikan hadiah kepada pemenang yang berjaya dalam cabutan bertuah semasa siaran langsungnya di TikTok.
Baca Juga:
- Netizen Mula Meragui Janji Aisar Khaled Mahu Beri Kereta Mercedes Miliknya
- Mahu Kongsi Rezeki Sempena Hari Lahir, ‘Influencer’ Ini Baling Kupon Kepada Peminat Dari Atas Kren
- ‘Setiap Manusia Buat Kesilapan, Jangan Hukum’ – Hafidz Roshdi Bersyukur Bernikah Dengan Cinta Pertama
“Awak kena faham, cara komen βsaya nakβ di komen live ini adalah cara saya. Tiga tahun dah saya buat macam ni.
“Disebabkan ramai yang panas, sebagai bukti hari ni saya akan pusing satu Malaysia untuk berkongsi rezeki kepada siapa yang komen dalam live saya.” ujar Aisar.
Tambahnya, hadiah-hadiah yang bakal diberi kepada orang ramai terdiri dari sebuah motor, televisyen, Iphone dan banyak lagi.