Setiap kali lapar, mesti anda sukar untuk membuat pilihan apa makanan yang mahu anda makan, bukan? Sebelum ini, FamilyMart tampil perkenalkan menu khas yang lucu untuk pasangan yang sukar buat pilihan mahu makan apa.

Terbaharu, FamilyMart tampil perkenalkan pula menu khas untuk mereka yang single bagi memudahkan mereka memilih makanan berdasarkan apa yang sedang mereka alami saat itu.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam menu tersebut, FamilyMary tawarkan 6 jenis pilihan berbeza yang terdiri daripada pilihan makanan yang berbeza. Bagi pilihan pertama iaitu ‘Perut Bunyi’ dikodkan untuk oden dan harga bermula dari RM3.30.

Manakala pilihan kedua dipanggil ‘Mengidam’ dikodkan untuk Sofuto Milkshake berharga RM7.90 dan jika anda ‘Rasa Sunyi’ boleh beli Sofuto berharga RM3.90 sahaja.

Selain itu, terdapat menu ‘Kena Friendzone’ iaitu corn sausage dengan harga bermula RM7.50 dan buat anda yang ‘Feeling Gwenchana’ boleh dapatkan frappe yang berharga RM8.90.

Akhir sekali, jika anda mahu ‘Healing’, menu ditawarkan adalah ramen yang harganya bermula RM6.90 dan anda boleh nikmati ramen di tepi tasik.

Walau bagaimanapun, FamilyMart mengingatkan pelanggan untuk menggunakan nama sebenar produk semasa membuat pesanan, bukannya nama panggilan lucu mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pelanggan menggunakan nama lucu yang diberikan dan seakan mahu membuat pesanan menggunakan nama panggilan lucu terbabit.