Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan membangunkan aplikasi bagi mengetahui premis makanan yang menawarkan Menu Rahmah di seluruh negara. Difahamkan aplikasi ini bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata aplikasi yang sedang diusahakan itu akan memaparkan direktori premis yang menawarkan Menu Rahmah. Malah, aplikasi ini juga bakal memberitahu secara spesifik lokasi Menu Rahmah berhampiran pengguna.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Edisi9

Buat masa ini, beberapa restoran sedia menawarkan menu ini termasuk MYDIN.  Jadi, kehadiran aplikasi ini bakal memudahkan anda membuat rujukan dalam mengetahui lokasi premis yang berdekatan.

Di samping itu, kerajaan turut bakal membantu pemilik kedai untuk mempromosikan kedai makan mereka agar lebih ramai orang mengetahuinya lalu mengunjungi ke premis tersebut. Inisiatif Menu Rahmah ini menerima sambutan baik dari seluruh rakyat Malaysia.