Pada cuti sekolah hujung tahun ini, anda mungkin boleh membawa anak-anak anda untuk mempelajari sejarah, budaya dan seni dengan melawat bandar bersejarah Melaka.

Menerusi laporan, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) melancarkan pas masuk secara berpakej untuk pelancong melawat ke semua muzium di bawah kendalian agensi itu pada satu bayaran, RM30.

Baca Juga:

Menurut Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan negeri Datuk Zaidi Attan, bagi fasa satu, pas masuk berkenaan boleh digunakan untuk melawat lima muzium iaitu Galeri Seni Melaka, Muzium Belia, Muzium Sejarah dan Ethnografi, Muzium Samudera (Flor de Lar Mar) dan Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia pada harga RM30.

“Kami juga sedang merangka untuk memperkenal pas masuk fasa kedua bagi melawat lima lagi muzium antaranya Muzium Rakyat, Muzium Istana Kesultanan Melaka dan Muzium Setem.” ujarnya.

Tambahnya, caj atau bayaran tiket masuk yang dikenakan kesemua muzium berkenaan dapat memastikan penyelenggaraan bangunan warisan atau aset negeri dapat dilaksanakan dengan baik agar dapat diwarisi generasi akan datang.