Pendidikan merupakan asas yang paling penting dalam kehidupan masyarakat dimana sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kehidupan yang mencabar.

Terdapat pelbagai jenis sekolah bermula dari sekolah kebangsaan dan juga pusat pendidikan swasta yang dikelola oleh badan dalam dan juga dari luar negara.

Baca Juga:

Terdapat situasi unik di Indonesia dimana salah satu sekolah di daerah Kota Batu, Jawa Timur mengenakan bayaran yang amat murah dan ibu bapa juga boleh membayar yuran menggunakan kaedah lain.

Sekolah Cahaya Permata Abadi yang memfokuskan pendidikan awal kanak-kanak yang dikelola oleh artis ternama Indonesia iaitu Yuni Shara yang juga kakak kepada Krisdayanti mengenakan bayaran sebesar Rp3.500 sebulan atau sekitar RM1 sahaja.

Uniknya, ibu bapa juga boleh membayar yuran persekolahan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran sekiranya tidak mempunyai wang.

Meskipun mengenakan yuran yang amat murah, namun fasiliti yang ditawarkan sangat memadai. Para pelajar mendapatkan pelayanan kesihatan moden, antara lain pemeriksaan berat badan dan tinggi badan, THT (telinga, hidung, tekak), pemberian vitamin A, dan pemeriksaan gigi.

Layanan ini diberikan melalui kerja sama dengan pelbagai pihak yang mana mereka mahu memastikan kesihatan pelajar tetap terjamin.

Tidak cukup dengan itu, Cahaya Permata Abadi juga menyediakan program lengkap seperti pusat penjagaan kanak-kanak dan taman permainan.

Yuni Shara memberi jaminan jumlah yuran yang dikenakan tidak akan meningkat kerana beliau mahu semua kanak-kanak mendapat pelajaran yang cukup tanpa mengambil kira latar belakang ekonomi keluarga.