Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum orang ramai berpeluang menyambut Hari Raya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia pada hari ini mengumumkan beberapa berita gembira buat rakyat Malaysia.

Perkara pertama yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengenalan Tol Rahmah sempena Aidilfitri ini yang berlangsung selama 4 hari. Pengenalan tol ini membolehkan pengguna jalan raya menikmati tol percuma sepanjang laluan lebuh raya.

Baca Juga:

Sebanyak 4 hari Tol Rahmah ditawarkan pada 33 lebuh raya iaitu pada tarikh 19,20,21 dan 24 April.

Pengenalan tol ini secara tidak langsung bakal meringankan beban sekaligus memberi kegembiraan buat mereka yang menggunakan lebuh raya untuk pulang ke kampung dan sebagainya.