Setiap kali tiba musim Ramadan, pastinya produk keluaran Quaker Oats menjadi pilihan sama ada ketika bersahur atau untuk menghasilkan kuih raya yang pelbagai. Terbaharu, Quaker Oats telah tampil dengan kempen “Rasa Sayang, Rasa Kuat” sepanjang Ramadan pada tahun ini.
Menerusi kempen yang bakal berlangsung, Quaker bakal tampil dengan sebuah program dalam memberikan sorotan kepada nilai-nilai nutrisi oat, dengan kandungan serat, protein, beta glukan, dan vitamin dan garam galian yang penting bagi mereka yang berpuasa.
Kempen ini juga bertujuan untuk memaklumkan cara memanfaatkan “super-grain”. Pada setiap minggu Quaker bersama Cef Anis Nabilah akan bersama dengan seorang artis untuk membincangkan tentang khasiat oat serta masakan yang boleh dihasilkan menggunakan Quaker Oats.
Ikuti lebih lanjut mengenai episod yang ditampil dengan kehadiran artis seperti Sazzy Falak, Nana al-Haleq, Atita Haris dan Elcah Hashah menerusi Facebook Quaker Oats dan juga di YouTube. Pastinya anda akan memperoleh ilmu yang bermanfaat dalam mengetahui zat yang terdapat dalam Quaker Oats cara-cara menghasilkan makanan enak menggunakan produk ini.
Ketahui bagaimana anda mampu berbelanja sambil memperoleh rebat yang banyak menerusi Courts sempena raya yang bakal tiba.
Lebih Hebat Dan Meriah, Courts Sedia Tawarkan Rebat Melebihi RM3.8 Juta Sempena Raya
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Sahkan Video UFO Yang Tular Adalah Tulen