Lesen memandu merupakan merupakan dokumen rasmi yang memberi kebenaran kepada individu untuk mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor. Setiap lesen dikeluarkan mengikut kelas kenderaan, kapasiti enjin (cc), jenis penggunaan dan sebagainya.
Pada awal bulan Februari lalu, Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) telah mengusulkan cadangan penyelarasan lesen motosikal yang terdiri daripada kelas B, B1, B2 dan C menjadi satu lesen sahaja.
Cadangan tersebut diusulkan semasa Majlis Penyerahan Memorandum PPDM kepada perdana menteri dan ketua-ketua parti politik pada awal bulan Februari lalu.
@kamalteksi 1 Lesen Motor untuk semua kelas cc tak perlu B Full. #phailing #ehailing #ehailingdriver #lori #teksi #bas
Usul yang dibawakan oleh PPDM itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyambut baik cadangan tersebut kerana ia sangat memudahkan orang ramai untuk membawa pelbagai kapasiti enjin motosikal hanya menggunakan satu lesen motosikal.
Pada masa sama, ada sebahagian netizen yang kurang bersetuju dengan cadangan terbabit. Ini kerana mereka berpendapat setiap motosikal mengikut kapasiti enjin memerlukan kemahiran dan pengalaman yang berbeza. Jadi, ada kebarangkalian kes kemalangan boleh meningkat andaikata motosikal yang mempunyai kapasiti enjin bersaiz besar ditunggang oleh pihak yang tidak berpengalaman.
Menurut wakil PPDM, kesemua manifesto yang diusulkan itu akan dilaksanakan apabila PPDM mempunyai kuasa kelak dalam memastikan orang ramai dapat memiliki lesen kenderaan pada harga yang berpatutan.
Tambahnya lagi, PPDM akan memperjuangkan beberapa perkara lain seperti harga untuk mengambil lesen motosikal tidak melebihi RM400 dan motokar (kereta) pula tidak melebihi RM800, mewujudkan kesama rataan di antara pemandu teksi dan e-hailing, membela nasib pemandu lori dan bas, mengurangkan pemeriksaan Puspakom untuk lori dan bas menjadi sekali setahun, serta lesen PSV dan GDL boleh diperbaharui sehingga 5 tahun.
*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Dapat duit dan diam, JPJ tidak sangkal ada kemungkinan sindiket lesen terbang didalangi oleh sekumpulan ‘scammer’ yang sasarkan kepada orang ramai yang mahukan lesen pada harga yang murah tanpa perlu mengambil ujian.
JPJ Tidak Tolak Kemungkinan Sindiket Lesen Terbang Didalangi ‘Scammer’
Sindiket ‘Lesen Terbang’ Masih Aktif, Kini Tawar Servis Melalui Iklan Instagram