Perlis sering menjadi destinasi persinggahan orang ramai yang mahu ke Hatyai, Thailand. Sebenarnya, banyak destinasi menarik yang anda boleh diterokai di Perlis.
View Point Wang Kelian yang merupakan antara destinasi tumpuan pelancong untuk melihat keindahan panorama kehijauan hutan dan Tasik Timah Tasoh kini telah dikenakan bayaran masuk.
Baca Juga:
- Demi Gambar OOTD, Pengunjung Sanggup Rosakkan Bunga LED Di Perlis
- Gambar Kampung Di Perlis Ini Tular Selepas Mendapat Perhatian Daripada Apple
- 7 Makanan Anda Patut Cuba Jika Singgah Ke Perlis
Difahamkan, pengunjung View Point Wang Kelian dikenakan bayaran masuk sebanyak RM2 bagi menampung kos penyelenggaraan tempat terbabit oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.
Manakala kanak-kanak hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1 dan percuma untuk pengunjung orang kurang upaya (OKU) serta kanak-kanak di bawah enam tahun. Pelancong asing pula dikenakan bayaran sebanyak RM5.