Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di bawah Program Residensi Rakyat tahun hadapan.

Inisiatif ini dibuat atas dasar keprihatinan kerajaan dalam memastikan penyelenggaraan bagi setiap residensi boleh dilakukan secara berkala dengan kerjasama penghuni di sesebuah PPR.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan semua penghuni bakal menerima dua kad akses yang mana pertamanya untuk kegunaan akses pintu masuk berpagar dan keduanya untuk kegunaan di lif.

Sekiranya mereka membayar maintenance seperti yang diwartakan, maka boleh menggunakan fasiliti tersebut dan sesiapa yang masih enggan akan dihalang akses bagi kedua-duanya.

Tambah beliau lagi, dalam tempoh dua tahun sahaja, kerajaan sudah membelanjakan hampir RM300 juta untuk membaiki, menyelenggara dan membaik pulih mana-mana banggunan PPR yang didapati adalah usang atau pun daif.

Bukan itu sahaja, agak mustahil untuk kerajaan berbuat sedemikian jika penghuni sendiri tidak memberikan kerjasama untuk membayar ‘maintainance’ yang sepatutnya digunakan semula untuk menyelenggara bangunan masing-masing.

Sumber