Forest City yang terletak di Johor Bahru pernah tercalon di dalam senarai antara megaprojek paling tidak berguna di dunia. Hal ini kerana hartanah serba mewah ini tidak mendatangkan keuntungan seperti yang diharapkan.

Susulan itu, Forest City kini diumumkan sebagai Zon Khas Kewangan bagi meningkatkan pelaburan asing sekaligus merancakkan pembangunan ekonomi kawasan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Air Times News Network

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, zon khas berkenaan diwujudkan berikutan keistimewaan negeri ini yang berjiran dengan Singapura di samping infrastruktur lengkap yang ada di Forest City.

Perdana Menteri menegaskan, beliau lebih melihat kepentingan untuk negeri ini dan Singapura saling melengkapi, berbanding bersaing.

“Johor mempunyai tanah yang luas selain keupayaan dari segi tenaga kerja, oleh itu ia perlu dimanfaatkan bagi menjana peluang pekerjaan dan jana industri.

“Selepas meneliti perkara ini serta mendapatkan pandangan, saya bersetuju untuk mengumumkan status Forest City untuk diwujudkan Zon Khas Kewangan di kawasan itu,” katanya ketika berucap pada Jelajah Belanjawan 2024 Johor.

Selaras dengan itu, Anwar selaku Menteri Kewangan berkata, beberapa insentif menarik juga akan ditambah di kawasan berbanding berbanding insentif untuk zon khas sedia ada.

Antara insentif tambahan, termasuk kadar pendapatan cukai khas 15 peratus kepada penggiat industri di Forest City, visa beberapa kali masuk (multiple entry visa), selain laluan pantas imigresen di antara zon khas itu dan Singapura.

“Saya tidak mahu ada alasan melengahkan (pelaksanaan Zon Khas Kewangan Forest City) kerana dasar ini sudah ditentukan dan diumumkan hari ini. Pastikan ia dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Imigresen juga sudah dimaklumkan mengenai permit khas atau ‘multiple entry visa’ ini. Zon Khas Kewangan Forest City ini juga selari dengan Ekonomi MADANI dalam mewujudkan sinergi yang ada di Johor.

“Saya yakin dan percaya jika insiatif zon khas ini dapat diberi penerangan meluas di Johor dan Singapura, ia dapat menarik ramai pelabur untuk guna kemudahan di Forest City. Apatah lagi tarikan istimewa di situ membabitkan perubatan, pendidikan dan pelancongan,” ulasnya lanjut lagi.

Diharapkan dengan inisiatif ini dapat merancakkan lagi penumbuhan negara disamping memberikan nafas baharu kepada lokasi Forest City setelah sekian lama dibiarkan begitu sahaja.