Bersempena LIMA’17 yang sedang berlangsung pada 21 Mac sehingga 25 Mac 2017, TLDM telah mengadakan Gracing Ceremony sempena meraikan ulangtahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia-Jepun.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hadir sebagai individu penting bagi merasmikan penyerahan kapal JCG PL 02 ERIMO, yang diberi nama KM Pekan yang dihadiahkan oleh Kerajaan Jepun. Kehadiran Perdana Meneteri Malaysia turut diiringi oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan YB Dato’ Seri Shahidan Kassim.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kapal JCG PL 02 Erimo yang berlepas dari Jepun pada 4 Mac 2017 tiba di perairan negara pada 14 Mac 2017 selepas 10 hari pelayaran. Untuk pengetahuan anda Kapal JCG PL 02 Erimo mempunyai sepanjang 92 meter ini merupakan kapal jenis petrol vassel yang bakal digunakan untuk menjaga keselamatan perairan negara. KM Pekan bakal ditempatkan di Kuantan bagi menjaga perairan Laut China Selatan.

Majlis ini turut melibatkan pelbagai syarikat pempamer terbesar seperti THALES, MAST, ACS dan SAAB bagi memperkenalkan teknologi terbaru yang dimiliki. Pameran yang berlangsung sehingga 25 Mac ini turut dibuka untuk orang ramai bagi memberi pendedahan dengan lebih lanjut mengenai teknologi terbaru pasukan maritim dalam dan luar negara.