Mat Salih bernama Kerry Man yang merupakan Influencer review makanan dan buah buahan terkejut dan berasa sangat bahagia apabila pertama kali mencuba buah rambutan.

Kerry Man memiliki 1.3 juta pengikut di Tik Tok,banyak membuat konten reviu makanan unik dan buah buahan daripada pelbagai negara telah mencuba buah rambutan buat pertama kali.

Kerry Man
Foto: Tiktok

Pada awalnya dia menjangkakan bahawa dia mungkin telah terkena gurauan (prank) daripada pengikutnya yang mencadangkannya buah tersebut: “Habislah saya”, katanya.

Namun selepas itu dia terkejut ketika pertama kali merasai buah tersebut. Dan selepas beberapa kunyahan dia terus berkata: “Oh, saya sukakan rambutan.”

Dia malah menambah serbuk cili Tahin pada atas rambutan tersebut untuk lebih sedap katanya.

Markah penuh untuk buah rambutan

Dia berseloroh bahawa, buah rambutan bukannya rasa seperti buah zakar yang sedang marah. Kerana awalnya dia agak skeptikal dengan bentuk buah tersebut.

Lalu dia segera memberikan markah 10/10 untuk buat rambutan.

@trpmsia

If he says it’s “rambooten”, it’s “rambooten”. @kerrymann81 delighted viewers, particularly Malaysians, with his enthusiastic introduction to the rambutan fruit. Describing the fruit as looking like an “angry testicle”, Kerry set down his bottle of Jarritos, a fruit-flavoured soft drink, before skillfully peeling the rambutan THE RIGHT WAY. After cheerfully biting into the fruit, he rated it a 10 out of 10. In the comments, many loved his joyful and hilarious delivery and admitted he made them laugh. Those who were familiar with the fruit were tickled by the way he pronounced rambutan. Full story is up at www.therakyatpost.com 🖊️ Adeline 📂 Mel 🎥 @kerrymann81 via Instagram

♬ original sound – TRPMsia – TRPMsia

Ramai netizen dari Malaysia tumpang gembira dengan mat salih tersebut. Kerana menurut mereka, lelaki tersebut benar benar menikmati pengalaman makan rambutan.

Ada yang mencadangkan Kerry Man agar membuka sahaja rambutannya itu dengan tangan bukannya dengan pisau untuk lebih nikmat.

Ada yang berkata: “Dia tak cuba lagi rambutan tabur serbuk asam dan masukkan dalam peti ais, pasti mat salih ni lebih ketagih.”

Netizen yang lain menganggap: “Saya mendapat tahu tentang cerita ini daripada perkongsian radio, mujur video ini lalu, comel pula abang ni makan rambutan.”

Ada juga yang tersenyum melihat dia menyebut rambutan sebagai ‘rambooten’.

Ramai juga yang tidak percaya: “Sampai sebahagia ini mat salih ni menikmati rambutan.”