Melihat sahaja signage Don’s Diner, kami teruja. Terbayang di dalamnya dipenuhi dengan kumpulan mafia dan gangster. Sambil berjalan ke pintu, lagu tema filem The Godfather, “Speak Softly Love” bermain di fikiran. Menjejak masuk saja ke dalam, terus kami terasa di bawa ke era tahun 50-an.

disambut oleh the godfather
disambut oleh the godfather

Terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu bahagian dalam restoran, luar dan juga sidewalk. Dekorasinya yang ala restoran di Italy adalah sangat menarik ditambah lagi dengan alunan perlahan muzik jazz. Sungguh classy!

ambiance yang sedap untuk lepak bersama kenalan dan keluarga
ambiance yang sedap untuk lepak bersama kenalan dan keluarga

“Is the Italian food good here?” pertanyaan popular dari Capt. McCluskey kepada Sollozzo dalam filem The Godfather (1972) ini terkeluar tatkala disapa pelayan Don’s Diner. Dibalas hanya dengan senyuman, kami diberi buku menu seorang satu.

Don’s Diner menampilkan pilihan makanan yang sangat banyak. Wajarlah mereka menggunakan tagline “We Serve Food You Can’t Refuse” kerana pengunjung pasti tertarik dengan menunya yang semuanya nampak menyelerakan.

Assorted drinks yang menyegarkan
Assorted drinks yang menyegarkan

BACA: Makan Di Miami Grill Sunway Pyramid, Anda Mungkin Diperhati Penyanyi Rap, Pitbull

Sebagai permulaan, kami dihidangkan dengan Wild Mushroom Soup beserta Garlic Bread. Diadun dengan pelbagai jenis cendawan seperti cendawan butang, shitake dan tiram, ia menghasilkan rasa yang ketara namun agak sayang kerana ia agak cair (watery). Dicicah pula dengan garlic bread yang pada kami amat kurang rasa bawang putihnya. Oh, tapi ia tetap habis licin dimakan!

Sup cendawan sedap beharga RM16
Sup cendawan sedap beharga RM16

Untuk pembuka selera pula, dihidangkan Scallop With Garlic And Cheese. Kepada penggemar kekapis, pasti suka dengan hidangan ini. Dibakar bersama keju, apabila masuk ke dalam mulut pasti tidak keruan menikmati kelazatannya. Terus terubat kekecewaan sebentar tadi…

kekapis berkeju ini bernilai rm22
kekapis berkeju ini bernilai rm22

Beralih ke hidangan utama. Peminat pizza wajib order ini – Diavola Pizza. Di atas kepingan roti home made panjang ini diletakkan base tomato beserta mozzarella cheese. Ia sesuai bagi mereka yang sudah bosan dengan roti crust pizza biasa. Menambah keenakannya, disertakan topping beef salami serta hirisan bawang dan cili. Secara keseluruhannya, ia bukan pizza biasa!

pizza luarbiasa sedap rm26
pizza luarbiasa sedap rm26

BACA: My Story Cafe Untuk Penduduk Shah Alam Yang Mencari Kelainan

Tidak Italy jika tak makan pasta, kan? Linguine Ala Granchio (kami hanya tunjukkan pada menu tanpa menyebutnya) adalah antara menu dari kumpulan pasta yang dihidangkan. Ianya dimasak bersama rempah segar berintikan isi ketam dan boleh dikatakan hidangan yang tidak mengecewakan. Rasanya agak pedas pasti sesuai bagi penggemarnya yang tersendiri.

Pasta enak ini berharga rm32
Pasta enak ini berharga rm32

Hidangan main course ala mafia kami diteruskan dengan Grill Lamb Rack. Saiz hidangan yang boleh tahan banyaknya, tekstur daging yang lembut, rasa kambingnya yang ketara ditambah dengan kelazatan secret sauce dari chef pasti memuaskan nafsu makan anda! Hmm.. masih lagi terbayang.

grilled lamb rack mewah ini bernilai rm55
grilled lamb rack mewah ini bernilai rm55

Setelah menikmati segala hidangan di atas, dengan disulami pelbagai minuman, kini tibalah masanya…

Dinamakan The Crabfather Special, ia adalah sajian makanan laut lambak gaya Don. Menggunakan makanan laut segar, anda boleh memilih sama ada set yang disediakan atau secara ala carte lauk yang digemari. Ketam segar, udang ketak, udang harimau, sotong, pepahat, kupang, kekapis, jagung, brokoli, namakan saja semuanya terhidang bersama di depan mata. Tengok saja pun sudah pasti kecur air liur.

set menu seafood lambak bernilai rm225
set menu seafood lambak bernilai rm225

Semuanya dimasak bersama sos Butter Saffron yang begitu creamy. Terdapat juga pilihan sos Mild Spicy dan Volcano Hot sekiranya anda tidak sukakan sos berkrim. Hidangan kami, memang licin kami belasah!

BACA: Fuud & Co, Ayer Keroh, Melaka Sediakan Makanan Laut Dan Barat Di Bawah Satu Bumbung

Anda sendiri boleh bayangkan bagaimana perut kami ketika ini. Namun memang sudah adat mafioso yang meraikan tetamu bagaikan keluarga, pihak Don’s Diner dengan baik hatinya menjamu kami hidangan dessert yang akan kami ingati iaitu Don’s Grenade.

Dessert mengagumkan berharga rm19
Dessert mengagumkan berharga rm19

Lapisan coklat yang bagaikan meletup apabila dicurahkan dengan salted caramel ini mempunyai inti ais krim vanilla beserta fruit cake dan buah-buahan segar. Rasanya yang tidak terlalu manis, bagi kami ianya just nice, menjadikannya juga pilihan wajib order!

Don's Diner x Vocket

Bila Don's Diner buat chocolate fruit cake letak aiskrim dan dituang pula salted caramel di atasnya. Boleh mengidam sampai mati. Review penuh di http://vckt.co/1QU864w

Posted by The Vocket on Sunday, February 21, 2016

Bagi kami, Don’s Diner bukan sahaja mampu menyediakan hidangan yang lazat dan enak, namun amat menitik beratkan customer experience yang boleh membuatkan pengunjung ingin kemari berkali-kali. Apatah lagi jika anda peminat filem The Godfather, perasaan yang Michael Corleone sedang menjamu selera di suatu sudut restoran ini pasti terbayang.

Sebagai penutup, kami sediakan satu video sebagai tanda terima kasih buat pihak Don’s Diner atas jemputan dan juga sebagai tribute buat filem The Godfather. We are big fan!

Nama Premis : Don’s Diner
Lokasi : 22, Jalan 17/54, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor (waze)
Layari laman Facebook dan Instagram.
Waktu beroperasi : Isnin – Jumaat, 12pm – 11pm
Sabtu – Ahad, 1pm – 12am

BACA: Bubur Ayam Nikmat Tandoori Batu Pahat Buatkan Kami Terkesima!

BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia