Di Expo 2025 Osaka, salah satu highlight utama bagaimana tapak Pavilion Malaysia yang mana menerima kunjungan ramai dari warga tempatan Jepun mahupun dari luar negara.

Hal ini kerana tarikan juadah makanan tradisional Malaysia iaitu roti canai disediakan oleh penebar profesional tempatan menjadi dambaan ramai.

Makanan Malaysia Dinobatkan Paling Lazat Oleh Pengunjung Expo 2025 Osaka
Sumber Gambar: China Press

Menariknya, kedua-dua penebar roti canai bakal mempamerkan skil mereka dengan menerbangkan roti ke udara sekaligus menyebabkan ramai pengunjung daripada pelbagai negara mahu menikmatinya dan sanggup beratur selama berjam-jam.

Laporan sebelum ini mendapati kebanyakkan pengunjung dari negara Jepun, China dan Korea Selatan yang datang bertandang bahkan sanggup beratur sebanyak 7 kali.

Dalam pada itu, nampaknya juadah Malaysia kini dinobatkan sebagai juadah paling lazat dan dipersetujui oleh pengunjung Expo 2025 Osaka memetik dari laman media sosial Tengku Zafrul baru-baru ini.

“Hidangan di Pavilion Malaysia telah dinobatkan sebagai No.1 dalam tinjauan khas ‘Expo Gourmet’ yang dijalankan oleh Yomiuri TV!

Pencapaian ini amat bermakna kerana tinjauan ini dibuat dalam kalangan pemegang pas musim Expo 2025, jadi mereka ini memang selalu menikmati hidangan di Expo 2025, bukan sekadar pelawat yang datang sekali sahaja”.

roti canai
Sumber Gambar: X
Makanan Malaysia Dinobatkan Paling Lazat Oleh Pengunjung Expo 2025 Osaka
Sumber Gambar: X

Jadi dengan ini, ia membuktikan keunikan dan kehebatan makanan serta hospitaliti Malaysia sememangnya menjadi sebutan di peringkat global.

Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan yang terlibat di Pavilion di Expo 2025 Osaka yang menjayakan tanggungjawab dengan baik.