Selalunya pertandingan yang pelik atau di luar kotak fikiran hanya berlaku di negara jiran kita sahaja.
Kini nampaknya ada sebuah acara expo besar di Kelantan turut menganjurkan pertandingan menangis yang telah menarik perhatian ramai di media sosial.

Dengan ini, ia menjadikan Kelantan sebagai negeri pertama yang melakukan pertandingan menangis seperti yang pernah dilakukan di Indonesia.
Difahamkan pertandingan tersebut telah diadakan di Kelantan yang dibawakan oleh The Expo Kelantan Event baru-baru ini.
Menerusi beberapa buah klip video yang dikongsikan, kelihatan sejumlah peserta di kalangan wanita dan lelaki mula menangis demi merebut gelaran juara dalam pertandingan.
Setiap individu mempunyai teknik tersendiri dan mempamerkan riak muka sedih sambil cuba mengeluarkan air mata. Dalam masa sama, orang ramai sedia memenuhi ruangan penonton untuk menyaksikan acara serba unik ini sambil merakam dengan telefon pintar masing-masing.
Menurut penganjur, mereka yang bergelar juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM500.
Memang tidak dinafikan, dengan mengadakan pertandingan menangis ini, acara berkenaan dapat meraih populariti di media sosial kerana menjadi bualan hangat dan menerima tontonan tinggi.
@expo.kelantan.event Pertandingan menangis jerik RM500 dapat‼️
♬ original sound – EXPO.KELANTAN.EVENT – EXPO.KELANTAN.EVENT
@expo.kelantan.event Terbaik semuanya‼️Pertandingan menangis‼️
♬ original sound – EXPO.KELANTAN.EVENT – EXPO.KELANTAN.EVENT
Video yang tular itu langsung mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Sebahagian merasa terhibur melihat pertandingan sebegini kerana tidak dapat membayangkan jika mereka menyertai kerana perlu memperlihatkan diri di khalayak ramai dengan riak muka tertentu.
Sementara yang lain, berpendapat ini sebagai sesuatu yang memalukan kerana maruah dan air muka dipertaruhkan demi mahu merebut wang sejumlah RM500 menerusinya.
Ada juga berpendapat bahawa tindakan penganjur ini sudah menyerupai negara jiran sebelah kerana meniru pertandingan sedemikian.
Dalam perkembangan lain, sebahagian rakyat Malaysia juga sudah mula meniru perlakuan menari di dalam live demi meraih hadiah wang di TikTok sepertimana yang dilakukan di Indonesia.