Kelantan merupakan salah satu negeri yang mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikannya istimewa dari negeri-negeri lain.

Seorang perunding hartanah berkongsi syarat-syarat yang dikenakan dalam urusan jual-beli hartanah di negeri yang terkenal dengan jolokan nama Serambi Mekah itu.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

“Bila dah terlibat dalam bidang hartanah di Kelantan ini, baru saya tahu yang hartanah di Kelantan ini lain dari negeri-negeri lain.

“Tanah di Kelantan ini untuk ‘Anak Kelantan’ saja kalau ikut Enakmen Tanah Kelantan. Enakmen ini dah ada sejak tahun 1938 lagi, lebih lama lama sebelum Merdeka lagi,” kata TikTok @cikkiahlivinginkelantan.

@cikkiahlivinginkelantan

Bila dah terlibat dalam bidang hartanah di Kelantan ni, baru aku tahu yang hartanah di Kelantan ni lain dari negeri2 lain..tanah di Kelantan ni untuk ‘Anak Kelantan’ saja kalau ikut Enakmen Tanah Kelantan. Enakmen ni dah ada sejak tahun 1938 lagi gais lagi lama sebelum Merdeka lagi. #kelantan #kotabharu #hartanah #kelate #anakkelantan

♬ original sound – ღ🥀🖤DARK ROSE🥀🖤ღ

Menurutnya, individu yang bukan IC Kelantan, tetapi ayahnya IC Kelantan, maka dia masih boleh membeli hartanah di Kelantan. Namun sekiranya ibunya IC Kelantan, sementara ayahnya tidak, dia tetap tidak boleh membeli hartanah di negeri tersebut.

“Kalau nama Syed, Syarifah walaupun sudah lama tinggal di Kelantan, masih perlu dapatkan kelulusan EXCO untuk beli hartanah Kelantan.

“Dalam pada itu, jika si isteri orang Kelantan, sementara si suami orang luar, kalau nak beli hartanah kena letak nama si isteri,” ujar perunding hartanah tersebut.

Bagaimanapun menurutnya orang luar masih berpeluang untuk membeli hartanah di Kelantan mengikut undang-undang yang termaktub.

Orang luar yang sudah duduk di Kelantan selama 15 tahun boleh memohon ‘Sijil Anak Kelantan’ dan dibenarkan untuk beli hartanah di negeri tersebut.

Hantaran video TikTok itu menarik perhatian netizen. Ramai yang baru tahu mengenai undang-undang hartanah negeri berkenaan.

Pada masa sama warganet mengakui proses pemilikan hartanah di negeri berkenaan sangat sukar dan memakan masa.

Menurutnya netizen sedikit sebanyak syarat-syarat yang ‘ketat’ sebegitu menjaminkan hartanah di negeri Kelantan tidak dimiliki oleh orang luar.