Jatuh cinta dengan Makanan Malaysia, seorang lelaki membuka kedai yang menyerupai gerai tomyam di negaranya iaitu India.

Menurut perkongsian maisargeant di Threads, lelaki dikenali sebagai Kani Boy pernah bekerja di Malaysia selama beberapa tahun sebelum memutuskan untuk kembali ke India.

Baca Juga:

Restoran Makanan Malaysia Di Bumi India

Tular video yang menunjukkan Kani mempromosikan restorannya yang diberi nama ‘Tomyam Malaysia’ menawarkan pelbagai menu tempatan seperti nasi lemak, nasi ayam, rojak, mi sotong dan sate.

Bukan itu sahaja, selain makanan Malaysia Kani turut menyajikan hidangan dari negara Asia Tenggara lain misalnya ayam penyet (Indonesia) dan tomyam (Thailand).

Makanan Malaysia
Tomyam Malaysia

Tema restorannya nyata mengambil ilham dari kebanyakan gerai tomyam di Malaysia dengan gambar minuman dan makanan dalam saiz besar.

Malah, kani juga mengggunakan Bahasa Melayu dalam setiap menu yang dipaparkannya.

Berdasarkan tinjauan di laman Facebook miliknya, Kani kerap berkongsi perkembangan restoran itu termasuk ulasan pelanggan yang datang mencuba sendiri keenakan menu jualannya.

Makanan Malaysia
Tomyam Malaysia

Rata-rata netizen di laman media sosial meluahkan rasa bangga dan terharu melihat kesungguhan dan keikhlasan Kani mempromosikan hidangan Malaysia di luar negara.