Masakan Malaysia mencipta nama apabila tersenarai di dalam pengiktirafan 100 masakan terbaik dunia bagi tahun 2025/2026.

Pengiktirafan itu diberikan oleh portal TasteAtlas, platform digital dan pangkalan data gastronomi global.

Baca Juga:

Ia dihasilkan daripada 590,228 penilaian sah untuk 18,912 hidangan dalam pangkalan datanya, dan masakan-masakan tersebut telah memperoleh skor purata tertinggi.

Daripada 100 senarai, Malaysia berada di tangga ke-29 dengan mata purata 4.26 bintang.

Lima makanan yang dicadangkan adalah Roti Canai, Kari Ayam, Karipap, buah Manggis dan Pisang Mas.

Pada masa sama TasteAtlas menyenaraikan restoran tradisional ikonik di sekitar Malaysia iaitu Bijan Bar & Restaurant (Kuala Lumpur), Ding Heong Golden Apam Balik (Kuala Lumpur), Apam Balik Stall at Petaling Street (Kuala Lumpur), Tek Sen Restaurant (George Town) dan Lean Thye Loh Mee Lebuh Ah Quee (George Town).

Roti Canai, Karipap, Kari Ayam Dari Malaysia Disenarai Masakan Terbaik Dunia 2025/2026
Sumber Gambar: TasteAtlas

TasteAtlas Award 2025/2026 ialah anugerah antarabangsa yang diberikan oleh platform TasteAtlas bagi mengiktiraf makanan tradisional, masakan negara, serta produk tempatan terbaik dari seluruh dunia.

Penilaian dibuat berdasarkan gabungan undian pengguna global, pandangan pakar makanan dan dokumentasi sejarah kulinari.

Sekaligus menjadikan anugerah ini lebih menekankan aspek keaslian serta nilai budaya sesuatu hidangan.

Sumber