Kalau anda adalah orang yang selalu rasa malas untuk bangun pagi, tak perlu bersedih kerana mungkin anda adalah orang yang bijak atau pintar. Apa kaitannya?

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi evolusi Britain, Satoshi Kanazawa dan Kaja Perina mendedahkan bahawa malas bangun pagi sebenarnya adalah tanda-tanda anda adalah orang yang pintar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malas bangun awal tak bermakna ia adalah kelakukan buruk. Kesukaran bangun pada waktu pagi mungkin berkaitan dengan tabiat nenek moyang kita. Menurut dua penyelidik ini, kebanyakan orang pada zaman dahulu tidur awal dan bangun awal.

Walaupun kelakuan bangun lambat bertentangan dengan norma, tetapi ia bermakna anda mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan moden dan itu adalah tanda kepada kecerdasan.

Difahamkan bahawa keengganan untuk bangun awal sebenarnya menunjukkan inisiatif. Apabila kita mendengar kehendak tubuh dan tidak membenarkan tubuh diperintah oleh jam, ia menunjukkan anda adalah seorang yang menghargai kebebasan.

Selain itu, penyelidik ini berkata selain daripada menunjukkan anda adalah orang yang bijak, mereka yang malas bangun pagi ini cenderung lebih ceria berbanding mereka yang bangun awal.

Melalui pendedahan oleh Universiti Southampton mengenai corak tidur 1,229 lelaki dan wanita serta keadaan sosioekonomi mereka. Didapati bahawa orang yang tidur lewat dan bangun selepas jam 08:00 hidup lebih bahagia, gembira, malah memperoleh pendapatan lebih.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda perlu memaksa diri untuk berjaga sehingga lewat malam dan bangun lewat atau tidur lebih lama. Kerana menurut kajian lain, orang yang tidur lebih daripada 12 jam mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi.

Sumber