Syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia mengumumkan pembatalan beberapa penerbangan di antara Kuala Lumpur (KLIA) dengan Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia hari ini.

MAS mengumumkan pembatalan 11 penerbangan ke Sabah dan Kuala Lumpur sementara 8 penerbangan lagi melibatkan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur.

Baca Juga:

Ini senarai 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur yang dibatalkan oleh Malaysia Airlines:

  1. MH7420 (KUL-TWU)
  2. MH7421 (TWU-KUL)
  3. MH2612 (KUL-BKI)
  4. MH2621 (BKI-KUL)
  5. MH2710 (KUL-SDK)
  6. MH2711 (SDK-KUL)
  7. MH2610 (KUL-BKI)
  8. MH2611 (BKI-KUL)
  9. MH7404 (KUL-BKI)
  10. MH7405 (BKI-KUL)
  11. MH2613 (BKI-KUL)

8 penerbangan Sarawak dan Kuala Lumpur yang dibatalkan adalah:

  1. MH2520 (KUL-KCH)
  2. MH2513 (KCH-KUL)
  3. MH2542 (KUL-KCH)
  4. MH2543 (KCH-KUL)
  5. MH2574 (KUL-MYY)
  6. MH2575 (MYY-KUL)
  7. MH2742 (KUL-BTU)
  8. MH2473 (BTU-KUL)

“Memandangkan keadaan berubah-ubah, Malaysia Airlines akan terus memantau secara dekat sebarang perkembangan terkini. Maklumat lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan dikemas kini dan dimaklumkan terus kepada penumpang yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.

“Penumpang diminta untuk mengemas kini butiran hubungan mereka melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.

“Keselamatan penumpang dan anak kapal menjadi keutamaan kepada Malaysia Airlines,” katanya.

AirAsia pula membatalkan 16 penerbangan dengan semua penumpang terjejas boleh perubahan sekali kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa kos tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Gunung berapi yang terletak di Pulau Ruang, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilayah Manado, meletus lebih tiga kali sejak semalam.

Video rakaman tular di media sosial menunjukkan aliran lava merah mengalir menuruni gunung dan ia dipantulkan di permukaan air serta asap kelabu berkepul di atas kawahnya.