Malaysia memperkenalkan Program Visa Premium (PVIP) untuk menarik warga asing yang kaya untuk melabur di Malaysia dan menetap di negara ini untuk tempoh 20 tahun, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. Memetik laporan EdgeProp, program ‘Residensi Melalui Pelaburan’ yang pertama kali diperkenalkan ini bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dan akan dibuka untuk permohonan mulai 1 Okt 2022.

Hamzah berkata PVIP ditawarkan kepada pemilik perniagaan dari semua negara kecuali Israel dan mereka yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. Peserta program akan diberi faedah dalam bentuk kelulusan visa sehingga 20 tahun, kebenaran belajar, kebenaran membeli hartanah untuk tujuan kediaman, komersial atau industri, dan membuat pelaburan aktif dalam bidang yang dibenarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hamzah berkata bagi memastikan PVIP tidak menjejaskan keselamatan negara dan kedaulatan negara, kementeriannya telah menetapkan dasar kawalan, termasuk pengenalan siling bilangan peserta – terdiri daripada ketua dan tanggungan – tidak melebihi 1% daripada jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. “Kita kena letak siling supaya tidak melebihi 1% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Kalau sekarang ada 30 juta rakyat, bermakna hanya 1% (300,000) dan jumlah siling itu juga termasuk (peserta) program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H),” katanya.

Mengenai syarat penyertaan, program itu terbuka kepada peserta semua kategori umur dengan bukti mempunyai pendapatan luar pesisir sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan, atau RM480,000 setahun. Antara syarat lain ialah mempunyai akaun simpanan tetap dengan deposit sekurang-kurangnya RM1 juta, tanpa sebarang pengeluaran dibenarkan pada nilai prinsipal untuk tahun pertama, manakala pengeluaran sehingga 50% daripada nilai prinsipal akan dibenarkan selepas itu untuk pembelian hartanah, atau tujuan kesihatan dan pendidikan.

Kuala Lumpur dipilih sebagai bandar terbaik untuk warga asing bekerja. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Kuala Lumpur Dipilih Sebagai Bandar Terbaik Untuk Warga Asing Bekerja

Lelaki Warga Asing Enggan Pakai Pelitup Muka, Buat Kecoh Maki Pekerja Di Ampang

Hanya Bayar Sekitar RM2,000 Untuk Rawatan, Lelaki Warga Asing Ini Puji Hospital Langkawi