Kajian baharu mendapati Malaysia berada di tempat keempat dalam senarai tempat tinggal paling mampu milik daripada 29 negara yang dikaji, lapor The Sun Daily.

Pakar ekonomi Dr Yeah Kim Leng berkata indeks kemampuan adalah berdasarkan kos purata elektrik, gas dan perumahan yang menjadi penanda aras kepada tahap pendapatan untuk perbandingan.

Baca Juga:

Yeah berkata ia mendapati Malaysia menduduki tempat kedua dalam harga elektrik termurah, dengan elektrik isi rumah dijual pada kadar AS$0.05 (RM0.23) setiap kWj yang digunakan.

Kajian itu juga mendapati negara berada di kedudukan ketiga dalam penggunaan gas asli isi rumah berharga AS$0.026 (RM0.12) setiap kWj.

Yeah yang juga ahli badan penasihat Kementerian Kewangan, menambah bahawa kemampuan kewangan juga adalah berdasarkan nisbah harga pendapatan dan hartanah.

“Banyak negara lain telah melaksanakan persekitaran hampir sifar atau kadar faedah rendah selepas krisis kewangan global 2008. Kadar faedah rendah cenderung untuk meningkatkan permintaan untuk hartanah, yang akan memacu harga. Walau bagaimanapun, berbanding dengan kenaikan harga hartanah di banyak negara lain, mereka di Malaysia telah berada dalam aliran menurun selama bertahun-tahun, sampailah ia naik sedikit baru-baru ini.”

Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, data suku kedua tahun lepas menunjukkan purata harga rumah berada pada RM439,084 berbanding RM444,230 pada suku pertama tahun itu.

Yeah berkata walaupun harga telah menurun secara beransur-ansur, pengagihan purata pendapatan per kapita masih tidak sama rata.

Tambahnya, tidak hairanlah Malaysia menduduki tempat kelapan dalam kemampuan perumahan dengan skor 8.1. Ini kerana walaupun harga telah turun, rakyat Malaysia berpendapatan rendah dan sederhana masih mendapati bahawa hartanah tersebut masih berada di luar jangkauan mereka.