Kejayaan skuad Harimau Malaya menewaskan Kyrgyzstan dan Taiwan pada aksi kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 telah memberikan pulangan lumayan dari segi mata ranking FIFA.

Malaysia kini merupakan antara pasukan yang paling banyak mengutip mata ranking FIFA untuk bulan November selepas menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dan Taiwan 1-0 semalam.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Hasil kemenangan ke atas pasukan ranking 97 dunia (Kyrgyzstan) menyaksikan Malaysia memperolehi tambahan sebanyak 15.49 mata ranking FIFAย  dan ia juga adalah kemenangan pertama Harimau Malaya ke atas pasukan 100 terbaik dunia dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

Selepas menewaskan Taiwan, Malaysia telah memperolehi tambahan mata sebanyak 10.65 dan ia menjadikan jumlah mata yang dikutip pada bulan ini ialah sebanyak +26.15.

Ini adalah jumlah mata yang paling banyak dikutip oleh Malaysia berbanding keputusan perlawanan negara lain di Asia menurut laman sesawang Football-ranking.com

Pasukan yang mengutip mata terbanyak di dunia ialah negara dari afrika iaitu Comoros (+30.88) dan kedua ialah Romania (+26.21).

Secara keseluruhan, Malaysia telah mengumpulkan mata sebanyak 1122.87 dan kini telah naik 8 anak tangga berada di ranking 129 dunia.

Kali terakhir Malaysia berada dalam kelompok 120 dunia adalah pada tahun 2001 iaitu di tangga ke-128 dunia.

Ianya bukan mustahil jika Malaysia mencipta kejutan melonjak beberapa anak tangga dengan syarat mereka konsisten mencatat kemenangan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia yang menawarkan mata ranking lebih besar daripada aksi persahabatan antarabangsa.

Selain itu, saingan Piala Asia 2023 di Qatar juga merupakan peluang terbaik untuk Harimau Malaya mendaki lebih tinggi dalam kedudukan ranking FIFA kerana jumlah mata yang ditawarkan cukup besar.