Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi bahawa Suzuki Motor Corp melahirkan hasrat untuk meningkatkan lagi pelaburan dalam bidang pembuatan motosikal di Malaysia selain mengeratkan kerjasama dengan rakan teknikal tempatannya, KMSB Motors Sdn Bhd (KMSB).

Anwar berkata, penambahan pelaburan dan peningkatan kerjasama itu dimaklumkan sendiri Presiden Suzuki Motor Corp, Toshihiro Suzuki kepada beliau dalam satu kunjungan hormat yang berlangsung petang Jumaat baru-baru ini.

Baca Juga:

AFAZ, jenama yang diperkenalkan oleh KMSB, akan memimpin inovasi dan reka bentuk dalam industri motosikal dengan kepakaran Penyelidikan, Pembangunan, Pemasaran dan Inovasi (RDCI) tempatan dengan fokus utama terhadap kualiti, prestasi, dan inovasi.

“Keputusan pelaburan ini amat saya alukan hatta ia akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam rantaian industri pembuatan motosikal.

“Saya singgung bahawa Kerajaan Perpaduan mengamalkan dasar memudahkan urusan pelabur dalam dan luar negara,” petik hantaran Facebook Anwar Ibrahim.

Tambahnya lagi, beliau berharap dengan kerjasama tersebut Malaysia akan terus menjadi pilihan pelabur-pelabur dari negara Jepun.

Perjanjian ini juga selaras dengan pengumuman Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (atau NIMP 2030) oleh Perdana Menteri pada 1 September 2023.

NIMP bakal mendorong Malaysia menjadi pemimpin global dalam pembangunan industri, memperluas jaringan domestik serta memperkuatkan rangkaian nilai global dalam sektor pembuatan.