Pada ketika ini, Donald Trump telah menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Korea Selatan (Gyeongju) pada 31 Oktober – 1 November 2025. Pertemuan ini dijangka membincangkan kerjasama ekonomi, hubungan perdagangan, dan isu keselamatan serantau.

Trump dijadualkan menyampaikan ucapan utama di hadapan pemimpin perniagaan global, dijangka membincangkan pandangannya tentang landskap pelaburan AS dan kemungkinan membincangkan permintaan AS agar firma global meluaskan pelaburan di AS

Dalam pada itu, Presiden AS sempat sekali lagi memuji akan peranan Perdana Menteri Malaysia dalam mendamaikan perseteruan sekian lama di antara Thailand dan Kemboja pada tempoh hari lalu di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, Malaysia.

“Bukan sahaja tarif diperkukuhkan, perikatan kami, turut membawa keamanan untuk dunia. Pada ahad lalu di Malaysia, kami menandatangani Perjanjian Damai Kuala Lumpur untuk menghentikan peperanga n selamanya di antara Thailand dan Kemboja. Terima kasih.

Difahamkan dalam tempoh dua hari itu, Presiden Trump mempelajari serba sedikit tentang pertelagahan di antara kedua-dua negara itu sebelum mendapat kata sepakat bagi sebarang perjanjian terutamanya hal ekonomi. Beliau mendakwa tidak mahu membuat sebarang penjanjian selagi peperangan masih berlaku.

“Dengan bantuan Malaysia seumpama pengantara, kami gunakan fasiliti yang bagus di Malaysia kerana ia terlalu ‘panas’. Panas ini bukan tentang suhu tetapi merujuk kepada pertelingkahan kedua-dua negara terbabit.

Dan Malaysia sangat hebat. Mereka bantu melaksanakan perjanjian ini. Perdana Menteri Malaysia seorang individu yang bagus.

“Hanya dia sahaja. Dan dalam masa dua hari sahaja kami menandatangani satu perjanjian dan kedua-dua orang ini datang seperti rakan baik. Ia sesuatu yang indah untuk dilihat. Kami telah menyelamatkan, kamu tahu mungkin jutaan nyawa. Mereka mempunyai hubungan yang ‘panas’ untuk berapa tahun? 500 ratus tahun lamanya,” katanya.

Sementara itu, dia sempat bercerita bagaimana perjanjian ekonomi atau diplomatik tidak boleh dilakukan di antara India dan Pakistan kerana senario yang serupa.