Di sebalik kemelut yang melanda, Harimau Malaya masih mampu mencatatkan keputusan positif menentang Laos pada aksi Kelayakan Piala Asia.
Malaysia bertandang ke Laos untuk aksi kumpulan F. Dan Harimau Malaya terus mengekalkan rekod kemenangan 100% selepas 3 perlawanan.
Separuh masa pertama, Malaysia lebih dominan namun gagal untuk menemui gawang. Dan kedua dua pasukan masuk ke bilik rehat dengan kedudukan tanpa jaringan.
Halftime : Laos 0-0 Malaysia#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/udVdoQY1B3
— Malaysia NT (@malaysia_nt) October 9, 2025
Ceritanya ternyata berbeza pada separuh masa kedua, apabila Harimau Malaya mengaum dengan bergaya.
3 gol Malaysia hadir pada separuh masa kedua. Calon Pemain Terbaik AFC 2025, Arif Aiman membuka tirai jaringan pada minit ke-54.
https://twitteer.com/i/status/1976276303662940241
15 minit kemudian, Dion Cools menjadikan kedudukan 2-0 dengan satu sentuhan mudah dari jarak dekat.
Ketika aksi sedang menuju ke wisel penamat, giliran Faisal Halim pula meledak gol ketiga minit ke-90+8.
Malaysia pulang dengan 3 mata penuh berbekal tiga gol di separuh kedua hasil kerja keras Arif Aiman, Dion Cools dan Faisal Halim.#ACQ2027 #LAOMAS pic.twitter.com/tcYgnPeoPX
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 9, 2025
Perlawanan berakhir dengan keputusan 3-0 memihak pelawat. Malaysia kekal dengan rekod 100% kemenangan dan tanpa sebarang bolos selepas 3 perlawanan.
Sementara Laos, ini adalah kekalahan kedua mereka setakat ini.