Tidak dinafikan, Malaysia masih menjadi pilihan pelancong untuk bercuti dan ada yang menetap terus kerana persekitaran yang selamat di samping mempunyai ekonomi yang mampan.

Malaysia kini duduki tangga ke-19 pada senarai global bagi kedudukan negara paling aman di dunia untuk tahun 2023. Negara kita menerima skor 1.513 daripada 163 buah negara lain.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Global Peace Index 2023

Dengan data Indeks Keamanan Global ini, ia sekaligus menjadikan negara kita antara 20 senarai paling aman di dunia dan negara Asia Tenggara ke-2 pada senarai tersebut. Singapura telah mengungguli tangga ke-6 dengan skor 1.332 di hadapan negara Portugal.

Berdasarkan data menyeluruh, didapati tahap keamanan dunia telah merosot sepanjang 15 tahun ini. Hal ini susulan kesan konflik perdagangan yang telah meningkat serta berlakunya peperangan di negara-negara tertentu.

Sama-samalah kita menjaga keamanan negara dan berbudi bahasa di antara satu sama lain. Dengan ini, negara kita bakal menerima pelbagai kesan positif termasuklah kemasukan pelaburan daripada luar negara.