Ketua Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi berkongsi pandangannya di mana kerajaan mampu menjana lebihan RM19 bilion hasil cukai pada 2022 sekiranya melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menurutnya perbandingan dibuat bukan pada terma nominal tetapi mengikut peratusan hasil cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya, GST menjana RM44 bilion dan membentuk kira-kira 2.8 peratus daripada KDNK pada 2017 manakala 2.8 peratus KDNK pada 2022 adalah RM50 bilion.

“SST hanya menyumbang RM31 bilion hasil cukai, iaitu kekurangan RM19 bilion pada 2022.

“Jumlah ini mungkin lebih 61 peratus dengan GST berbanding SST,” katanya menerusi hantaran di X.

Terdahulu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pihak kerajaan sedia untuk mengkaji pelbagai pendekatan bagi mencapai kemampanan fiskal. Ini termasuk dengan melihat kembalikan pelaksanaan cukai GST atau apa-apa bentuk cukai langsung atau tidak langsung.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, tiada perancangan untuk melaksanakannya buat masa sekarang kerana mahu memberi tumpuan kepada pengenalan dan pembangunan Cukai Keuntungan Modal pada 2024.

Apurva memaklumkan, perkara dibangkitkan tersebut bercanggah dengan hujah yang mana hasil kutipan SST setanding dengan GST kerana RM31 bilion itu diperolehi melalui SST pada 2022 manakala GST meraih RM44 bilion bagi 2017.

Tambah beliau, jurang perbezaan mungkin dianggap lebih kecil, terutamanya apabila mengambil kira RM19 bilion yang dibelanjakan untuk pembayaran balik GST.

“Ia benar tetapi mengelirukan, ini kerana KDNK nominal Malaysia adalah kira-kira lebih 30 peratus pada 2022 berbanding 2017.

“Justeru, kita perlu lihat kepada peratusan KDNK, bukannya nilai wang ringgit,” ujarnya.