Malaysia terus memukau dunia dengan gabungan seni bina budaya dan tradisional yang menakjubkan.
Dari pencakar langit yang menjulang tinggi hingga ke kuil yang berwarna-warni, seni bina Malaysia benar-benar mencerminkan sejarah dan kemajuan pesat negara ini.
Kini, Malaysia telah disenaraikan di tangga ke-4 dalam senarai negara Asia dengan seni bina terbaik, lapor Insider Monkey.
Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur menjadi tarikan utama dengan menerima 20.14 juta pelancong dan lebih daripada 30,000 ulasan di Trip Advisor, menjadikannya mercu tanda seni bina kedua terbaik di negara ini.
Bangunan ini bukan sahaja menjadi simbol kemodenan Malaysia tetapi juga lambang kebanggaan nasional yang menarik pelancong dari seluruh dunia.
Di peringkat Asia, China berada di tangga teratas dengan menarik 65.73 juta pelancong setiap tahun, diikuti oleh Thailand dengan 28.15 juta pelancong, dan Jepun di tempat ketiga dengan 25.07 juta pelancong.
Malaysia menduduki tempat keempat dengan 20.14 juta pelancong yang terpesona dengan keindahan seni binanya.
Dalam kajian kes yang dijalankan oleh penyelidik dari University of Technology di Sydney pada tahun 2018, bangunan Dr. Chau Chak Wing telah dinilai menjadi potensi minat pelancong.
Kajian tersebut menunjukkan bahawa bangunan ini mempunyai potensi untuk menjana antara AUD 48.8 juta (RM 148.4 juta) hingga AUD 97.6 juta (RM 297.8 juta) dalam pendapatan pelancongan setiap tahun.
Ini sekali lagi menggariskan kesan besar mercu tanda seni bina dalam menarik pelancong, khususnya di rantau Asia yang terkenal dengan kepelbagaian dan keunikan gaya seni binanya.
Data yang disediakan oleh Tripadvisor mengesahkan bahawa pelancongan di rantau Asia dijangka akan terus berkembang dalam bulan-bulan yang akan datang pada tahun 2024.
Berikut adalah senarai 10 negara Asia yang terkenal dengan seni bina mereka bersama jumlah pelancong masing-masing:
- China – 65.73 juta
- Thailand – 28.15 juta
- Jepun – 25.07 juta
- Malaysia – 20.14 juta
- India – 27.91 juta
- Hong Kong – 17.16 juta
- Macau – 14.23 juta
- Vietnam – 12.60 juta
- Korea Selatan – 11.03 juta
- Taiwan – 6.49 juta