Selain memiliki keindahan alam yang menakjubkan, Malaysia sebenarnya mempunyai ramai bilionair yang menerajui ekonomi negara di dalam pelbagai bidang.

Kekayaan mereka merangkumi pelbagai aset daripada hartanah, wang tunai, memiliki perniagaan dan juga harta peribadi. Siapa sangka, kini Malaysia berjaya menduduki tempat ke-25 di dalam carta bilionair terbanyak mengikut negara pada tahun 2024.

Sumber Gambar: Sinar Harian

Di dalam kajian terkini, Malaysia menduduki tempat ke-25 dengan jumlah keseluruhan individu bergelar bilionair sebanyak 18 orang. Sementara di belakang kita diikuti dengan Filipina dengan 16 bilionair dengan menduduki tangga ke-26 di dalam carta.

Manakala, Mexico memegang tempat ke-24 dengan jumlah 22 bilionair.

Negara jiran terdekat kita pula seperti Singapura berada di hadapan di tangga ke-17 dengan jumlah bilionair sebanyak 39 orang dan diikuti Indonesia di belakang pada tangga ke-20 dengan 35 bilionair di negara itu

China berjaya mendahului di kalangan semua negara Asia Tenggara, dengan memperolehi kedudukan ke-2 di dalam senarai dengan jumlah cukup mengagumkan iaitu 406 bilionair dengan nilai kekayaan keseluruhan mencecah $1.3 trilion.

Di tempat ke-3 pula jatuh kepada India dengan jumlah 200 bilionair yang mempunyai kekayaan gabungannya berjumlah $954 bilion , menunjukkan peningkatan lebih 40% daripada tahun sebelumnya.

Sumber Gambar: Rankingroyals.com

Menurut Forbes, Amerika Syarikat mendahului di dunia dalam bilangan bilionair terbanyak dengan 813 orang yang secara kolektif memegang $5.7 trilion, sekaligus mencipta rekod baru.

Dalam pada itu, Forbes turut berkongsi senarai bilionair terkaya di Malaysia untuk tahun 2024.

  1. Tan Sri Robert Kuok
  2. Tan Sri Quek Leng Chan
  3. Adik beradik Teh
  4. Lee Yeow Chor & Yeow Seng
  5. Koon Poh Keong & adik-beradik
  6. Ananda Krishnan
  7. Francis Yeoh & adik beradik
  8. Jeffrey Cheah
  9. Lim Kok Thay
  10. Chia Song Kun & keluarga
Sumber