Seasia Stats, platform data visual statistik kongsikan senarai 10 negara Islam yang miliki ekonomi terkuat bagi tahun 2025.
Menerusi data yang diambil daripada laman Dinar Standard, sebuah firma yang fokus pada ekonomi Islam global menyatakan Malaysia mengekalkan kedudukan teratas untuk tahun ke-11 berturut-turut.
Baca Juga:
- Warganet Luar Negara Kagum, Jadikan Video Rakyat Malaysia Beratur Ambil Kek Sebagai Teladan

- Pertama Di Malaysia, Perodua Dan Maybank Tawar Pelan Pembiayaan Fleksibel Patuh Syariah

- ‘Sangat Menarik’ – Ini Luahan Trump Selepas Berjumpa Dengan CEO Intel Kelahiran Malaysia

Skor Indeks Malaysia lebih 160 mata
“Malaysia telah meraih kedudukan teratas sebagai ekonomi Islam terkuat dunia bagi tahun 2025, dengan pencapaian skor indeks yang mengagumkan iaitu 165.1.
“Pencapaian ini meletakkan negara Asia Tenggara tersebut jauh mendahului pesaing terdekatnya, Arab Saudi (100.9) dan Indonesia (99.9), yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

“Sementara Emiriah Arab Bersatu berada di tempat keempat dengan skor 95.8, manakala Bahrain (81.9) melengkapkan kedudukan lima teratas.
“Negara lain dalam senarai 10 teratas termasuk Jordan (71.4), Kuwait (67), Pakistan (64.1), Turkiye (64), dan Qatar (60.4),” kata Seasia Stats.

Menurut platform itu lagi, indeks ini mencerminkan kekuatan ekonomi Islam sesebuah negara, dengan mengambil kira prestasi dalam bidang kewangan Islam, makanan halal, fesyen patuh syariah, pelancongan, serta sektor lain yang berkait dengan pasaran pengguna Muslim.
“Dengan pencapaian ini, Malaysia bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju ekonomi Islam global, malah menetapkan penanda aras bagi negara lain yang berhasrat untuk mengembangkan sektor halal dan patuh syariah mereka,” kata Seasia Stats.