Malaysia antara negara yang fasih bahasa inggeris tertinggi di dunia, khususnya di Asia, lapor tinjauan terkini EF English Proficiency Index (EF EPI).

Senarai ini meninjau 113 negara yang tidak menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama. Ia mengukur tahap kecekapan dari tinggi hingga ke rendah dengan Malaysia dikategorikan sebagai peringkat kedua tertinggi.

Baca Juga:

EF EPI

Dari segi kedudukan, Malaysia fasih dalam penguasaan bahasa Inggeris ke-3 tertinggi di Asia mengikut tinjauan, di belakang Singapura pada kedudukan pertama dan Filipina di tempat kedua.

Di peringkat global, Malaysia menduduki tempat ke-25 dalam senarai. Bagi markah EF EPI 2023 City, hanya Kuala Lumpur yang berjaya dalam senarai dan begitu juga dengan kedudukan negara, ibu negara kita dikategorikan sebagai ‘Kemahiran Tinggi’.

EF EPI

Sebagai rujukan, Malaysia mencatatkan 568 dalam indeks 2023, jatuh 6 mata berbanding tahun lepas, manakala Kuala Lumpur memperoleh 564. Purata global ialah 502.

Menariknya, EF EPI 2023 mendapati wilayah teratas dengan penguasaan bahasa Inggeris tertinggi di Malaysia ialah Perak (587), manakala bandar teratas ialah Kuantan (603). Manakala kumpulan umur yang menguasai bahasa ini di negara kita ialah 26-30 dengan purata markah 582.

Sumber