Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Malaysia kini menjadi tumpuan perisik yang semakin meningkat, berkemungkinan besar disebabkan pendirian lantang dan berprinsip negara terhadap ketegangan geopolitik di Timur Tengah serta isu-isu global.
Pendirian Malaysia terhadap isu seperti Palestin telah menjadikan negara ini sebagai sasaran bagi aktiviti melibatkan ejen Mossad, selain turut digunakan sebagai saluran untuk operasi penyeludupan senjata dan dadah, petik New Straits Times.
Baca Juga:
- Asap Kebakaran Hutan Riau Kini Merebak Ke Malaysia

- ‘Saya Tak Jangka Malaysia Seperti Ini’ – Pelancong Kongsi Realiti Sebenar Layanan Warga Tempatan

- Pasport Malaysia ‘Power’, Netizen Thailand Cemburu Sebab Boleh Travel Merata Tanpa Visa

“Ini berdasarkan taklimat risikan terkini yang diberikan oleh unit perisikan negara.
“Mereka mengambil perkara ini dengan amat serius, terutamanya selepas terdapat bukti jelas bukan sahaja mengenai kehadiran Mossad, tetapi juga penggunaan sepasang suami isteri Melayu dari Selangor (tahun lalu), sama ada sebagai ejen atau rakan kerjasama dalam operasi mereka,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT) hari ini.
Beliau menambah bahawa Kementerian Dalam Negeri telah mengambil langkah lanjut dan sedang giat mengenal pasti ancaman serta memperkukuh keupayaan keselamatan negara.
Sementara itu memetik Berita Harian, Perdana Menteri menyatakan masalah sistem autogate itu terkait dengan badan antarabangsa termasuk Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk ditingkatkan keupayaannya.