Malaysia berada di tangga ketiga sebagai negara terbaik di Asia dalam kecekapan berbahasa Inggeris, lapor satu kaji selidik yang dilakukan oleh EF Education First.
Kajian ini menganalisis keputusan 2.1 juta penutur bahasa Inggeris yang mengambil ujian Bahasa Inggeris EF SET mereka pada tahun 2021 di 111 negara dan wilayah.
Baca Juga:
- Tun M Kata Jika Orang Melayu Di Malaysia Miskin, Mereka Bakal Jadi Seperti Singapura
- ‘Percutian Yang Meragukan’ – Rakyat Malaysia Paling Ramai Dibatalkan Visa Ke Australia
Senarai itu, Indeks Kecekapan Bahasa Inggeris EF (EF EPI) 2022, membahagikan negara kepada kumpulan berbeza daripada “Kecekapan sangat tinggi” kepada “Kecekapan sangat rendah”.
Dalam kumpulan “Very high proficiency” termasuk Belanda di bahagian atas, diikuti oleh Singapura dan Austria.
Sementara itu, negara seperti Filipina, Malaysia dan Hong Kong berada dalam kumpulan “Kecekapan Tinggi” dan masing-masing berada di kedudukan 22 dan 24.
Walaupun berada di kedudukan ke-24 dalam ranking keseluruhan, Malaysia menduduki tempat ketiga di Asia. Di tempat pertama ialah Singapura manakala Filipina di tempat kedua.