Pada hari semalam Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Shah menitah untuk menyediakan hakim yang berpengalaman untuk mendengar kes rasuah dan laluan khas disediakan di mahkamah supaya perbicaraan kes rasuah di mahkamah dapat diselesaikan dengan segera.
Sehubungan itu, Badan Kehakiman Malaysia telah mengambil inisiatif menubuhkan Mahkamah Tinggi Khas bagi mendengar perbicaraan kes-kes rasuah, serta rayuan dari Mahkamah Sesyen Khas Rasuah.
Baca Juga:
- Dr Fie Kecewa Nubhan Tak Hadir Ke Mahkamah: ‘Anak Anak Dah Nak Sekolah, Tiada Tempat Tinggal’

- Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Najib Razak Untuk Jalani Tahanan Rumah

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia memaklumkan, penubuhan Mahkamah Tinggi Khas berkenaan diputuskan bagi memperkukuhkan sistem kehakiman negara dan mempercepatkan penyelesaian kes rasuah di negara ini, petik portal Malaysia Madani.
“Penubuhan mahkamah khas ini juga diputuskan selepas rundingan Hakim Besar Malaya dengan ketua Hakim negara, serta titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebagai permulaan inisiatif berkenaan akan dimulakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.