Pada saban hari, jumlah transgender atau individu dengan penampilan jantina berbeza dari jantina kelahiran dilihat semakin berkembang dengan pesatnya di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Berdasarkan laporan terkini, sebuah laman yang mengkaji populasi dunia telah berkongsi satu maklumat yang mengejutkan berhubung 10 negara yang paling banyak transgender di benua Asia.

Filipina menjadi yang paling teratas di mana mempunyai populasi transgender seramai 239,000 individu sekaligus telah mengatasi jumlah transgender di Thailand yang mana hanya baru 62,000 orang sahaja.

Pakistan mengikuti rapat di belakang Thailand dengan jumlah 52,000 individu transgender lalu pada tempat ke-4 jatuh kepada Indonesia iaitu sekitar 43,000 orang.

Malaysia pula menjadi negara kelima teratas yang mempunyai populasi transgender yang besar iaitu 24,000 individu.

Separuh kedua daripada 10 teratas termasuk Nepal (21,000), Kemboja (15,000), Bangladesh (12,000), Iran (10,000), dan Myanmar (9,000).

transgender
Sumber Gambar: FB

Data ini memberikan gambaran ringkas mengenai anggaran populasi transgender di negara-negara Asia ini, yang mana kedudukan Filipina sebagai yang mempunyai jumlah yang dilaporkan paling terbesar, malah menewaskan Thailand walaupun sangat sinonim dengan golongan transgender.

Kehadiran individu transgender di semua negara ini menyoroti kepelbagaian di benua Asia.