Arab Saudi telah memperkenalkan beberapa konsep stadium yang dilihat futuristik dalam usaha mereka untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia edisi 2034.
Mereka pertama kali mengumumkan hasrat untuk menjadi tuan rumah temasya itu selepas diumumkan oleh FIFA bahawa hanya pembida dari Asia atau Oceania akan dipertimbangkan untuk edisi 2034. Arab Saudi kemudiannya menjadi satu-satunya negara yang membuat bidaan untuk temasya itu.
Baca Juga:
- Kerana ‘Adik’ Tersangkut, Atlet Perancis Ini Gagal Raih Pingat
- Pergaduhan Besar Warnai Kemenangan Perancis Ke Atas Argentina
- Tampil Selamba Sertai Acara Menembak, Atlet Turkiye Ini Raih Pingat Perak
Dalam pembentangan oleh Saudi, sebanyak 15 stadium merentasi lima bandar telah dibina – ada yang sudah siap dibina, ada yang sedang dalam pembinaan dan ada yang berada dalam perancangan.
Bandar pertama yang dicadangkan ialah Riyadh, yang juga merupakan ibu negara dan hab beberapa venue pelbagai sukan yang pernah dijalankan di negara itu.
Enam stadium di Riyadh telah dicadangkan untuk digunakan semasa pertandingan, termasuk stadium berkapasiti 92,760 yang akan disiapkan pada 2029 dan diberi nama King Salman International Stadium.
King Salman International Stadium 🏟
92,000+ capacity 🗣️
Host of opening game and final 🏆
One of our planned new stadiums with the highest capacity in the country and the future home of the Saudi national team. 🇸🇦
#Saudi2034bid #GrowingTogether— Saudi Arabia FIFA World Cup™️ 2034 bid (@Saudi2034bid) August 2, 2024
Stadium lain yang turut berada di bandar ini ialah Stadium King Fahad, yang sudah siap dibina tetapi dalam proses pengubahsuaian dimana venue ini boleh menempatkan lebih 70,000 orang. Stadium Putera Mohammed Bin Salman, Stadium Murabba Baru, Stadium Roshin dan Stadium Bandar Putera Faisal Bin Fahad juga berada dalam senarai.
Prince Mohammed bin Salman Stadium 🏟️
Futuristic aesthetic 🤖
Integrated transport system 🚆With its eye-catching design, this is a marvel of the future 🇸🇦#Saudi2034bid #GrowingTogether
— Saudi Arabia FIFA World Cup™️ 2034 bid (@Saudi2034bid) August 3, 2024
Di Jeddah, enam lagi stadium berada dalam perancangan – tiga daripadanya sudah siap dibina atau dalam pembinaan dan tiga daripadanya berada dalam perancangan.
Di Al Khobar, Stadium Armaco yang sedang dalam pembinaan dipersembahkan sebagai tapak tuan rumah, dengan Stadium Universiti King Khalid, yang sudah pun terletak di tenggara Abha, juga merupakan tapak yang berpotensi menjadi tuan rumah.
Stadium Neom menjadi venue yang paling menarik perhatian dan dianggap sebagai satu stadium yang unik. Stadium ini dirancang untuk digunakan sehingga peringkat suku akhir dan terletak lebih daripada 350 meter di atas tanah.
Menurut laporan Daily Mail, temasya Piala Dunia 2034 hampir pasti diadakan di Arab Saudi ekoran FIFA mendapat banyak wang sekiranya kejohanan itu diadakan di Arab.
‘Piala Dunia pada 2034 bukan sahaja berkemungkinan, ia pada dasarnya adalah perjanjian yang telah selesai. Wang telah memainkan peranan, dan acara itu akan bernilai berbilion-bilion tunai baharu untuk FIFA.