Kisah cinta tidak menjadi di antara China dan Taiwan berpotensi memacu peperangan di antara negara-negara Asia. Kesan daripada situasi ini telah membawa Presiden Xi jinping mengingatkan kepada tenteranya agar berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi perang.

Memetik laporan CNBC, beliau dirakam berkata kepada angkatan bersenjata China agar memperkuatkan latihan ketenteraan yang berorientasikan pertempuran sebenar. Kata-kata ini hadir di antara rasa tidak puas hati dan berang dengan tindakan Presidan Taiwan berkunjung ke Amerika Syarikat minggu lalu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Pemimpin Taiwan kini sedang giat membuat pertemuab dengan pemimpin tertinggi AS, termasuk Speaker Dewan Rakyat AS Kevin McCarthy. Jadi tindakan China mengarahkan untuk tenteranya bersiap sedia adalah untuk mempertahankan kedaulatan China dan kepentingan maritim.

Sebelum ini, China menjalankan latihan ketenteraan dari Sabtu hingga Isnin. Latihan itu melibatkan kapal pengangkut pesawat Shandong, kapal perang, jet pejuang dan pengebom H-6.

Sebuah video turut dikeluarkan di akaun WeChat yang menunjukkan pengebom H-6. Terdapat juga klip suara dipercayai juruterbang tentera yang bertugas.

“Misil dalam keadaan baik,” kata satu suara yang menunjukkan gambar dari kokpit. “Hidupkan radar kawalan tembakan, kunci sasaran,” kata suara lain, menunjukkan imej peluru berpandu di bawah sayap pesawat.

Dalam kenyataan terbaharu yang dipetik The Guardian, Presiden Taiwan, Tsai Ing Wen memberikan komen pedas kepada China. Tsai berkata pertemuannya dengan McCarthy menunjukkan komitmen Taipei untuk mempertahankan demokrasi dalam menghadapi “pengembangan autoritarian yang berterusan”.

“Melalui perjalanan ini kami sekali lagi menghantar mesej kepada masyarakat antarabangsa bahawa Taiwan bertekad untuk melindungi kebebasan dan demokrasi yang diakui dan disokong oleh rakan demokratik kami,” katanya kepada penggubal undang-undang Kanada yang melawat di pejabatnya di Taipei.

Dipetik CNN International, Menteri Luar Taiwan Joseph Wu mengecam tindakan Beijing dalam temu bual eksklusif. Dia memberi amaran bahawa “China nampaknya cuba bersiap sedia untuk melancarkan perang menentang Taiwan”.

China menganggap Taiwan sebahagian daripada negaranya. AS sendiri, walaupun tidak mengiktiraf Taiwan sebagai negara kerana konsep satu China, adalah penyokong utama pulau itu.

Dari segi ekonomi, Taiwan bergantung kepada China. Memetik data statista.com, nilai eksport barangan dari Taiwan ke China dalam tempoh lima tahun lepas 2017-2021 terus meningkat.

Pada 2017, nilai eksport Taiwan ke China mencecah AS$88.75 bilion. Angka itu terus meningkat pada 2018 kepada nilai AS$96.5 bilion.

Nilai eksport Taiwan ke China turun sedikit pada 2019 kepada AS$91.79 bilion. Tetapi ia melonjak semula pada 2020 kepada AS$102.45 bilion.