Setiap kali lancarnya produk baharu khususnya produk daripada Apple, pastinya terdapat pihak yang membuat perbandingan negara manakah yang mampu menawarkan produk jenama tersebut dengan harga terendah.

Siapa sangka, meskipun tidak dihasilkan sepenuhnya di Malaysia, negara kita berjaya muncul sebagai negara yang menawarkan Apple MacBook Pro 14 yang dikuasakan dengan cip Apple M3 dengan harga terendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lebih mengejutkan, harga yang ditawarkan di Malaysia adalah lebih rendah berbanding Amerika Syarikat, Kanada dan juga Vietnam.

Menerusi perkongsian X @nukemi_en, Malaysia merupakan negara yang menawarkan Apple MacBook Pro 14 dengan harga terendah bagi spesifikasi RAM 8GB serta 512GB/1TB SSD. Model dengan spesifikasi tertinggi pula dilihat lebih berbaloi untuk didapatkan di Amerika Syarikat.

Sebagai perbandingan, harga MacBook Pro 14 di Malaysia dengan negara tercorot iaitu Brazil adalah sekali ganda lebih mahal. Dalam erti kata lain, pengguna di Brazil perlu berbelanja lebih besar untuk mendapatkan MacBook Pro 14 di negara tersebut.