Malaysia mengenakan salah satu daripada purata tarif terendah di rantau ini bagi setiap meter padu air, kata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), lapor The Star.

Menerusi soalan lazim mengenai pelarasan tarif air di laman webnya, SPAN berkata Malaysia mengenakan tarif purata keempat terendah dalam kalangan negara Asean, pada RM1.22 setiap meter padu, manakala Myanmar mengenakan bayaran sembilan sen, Brunei (35 sen) dan Indonesia ( RM1.15 sen).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sementara itu, Vietnam mengenakan caj lebih tinggi iaitu RM1.37 semeter padu, diikuti Thailand (RM1.68), Filipina (RM2.92) dan Singapura (RM5.88), katanya.

Menurut SPAN, tarif air bagi beberapa negeri seperti Pahang dan Perlis, kali terakhir disemak pada 1983 (39 tahun lalu) dan 1996 (26 tahun lalu).

SPAN berkata purata jumlah kos rawatan dan bekalan air di Semenanjung Malaysia dan Labuan pada 2020 ialah RM1.68 semeter padu, manakala purata tarif yang dikutip daripada pengguna lebih rendah, iaitu RM1.37 semeter padu pada tahun yang sama.