Malaysia muncul sebagai negara ke-2 di Asia Tenggara yang mempunyai ramai rakyat yang mempunyai masalah berat badan seperti yang didedahkan oleh data terkini oleh The World Factbook – Central Intellange Agencie dari 2016 hingga 2024.
Brunei muncul sebagai pendahulu dengan 28.2% rakyatnya mempunyai masalah berat badan. Malaysia, yang menduduki tempat kedua tertinggi mengutip peratusan sebanyak 19.7%.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
Singapura dan Thailand, terikat pada 11.6%, manakala Filipina, Indonesia, Myanmar, Laos, dan Kemboja masing-masing melengkapkan data masalah berat badan bagi rantau ini.
Manakala Vietnam mencatatkan peratusan yang paling rendah dalam kalangan negara Asia Tenggara dengan kadar 1.7%. Terakhir sekali adalah Timor-Leste yang berada di kedudukan terbawah.