Malaysia kini menduduki tempat ketiga di kalangan negara-negara di Asia Tenggara dengan 44.68% penduduknya dikenal pasti sebagai individu bujang.
Laporan ‘SeaAsia Stats’ yang diperoleh daripada sumber Divisyen Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati bahawa individu bujang ini merangkumi mereka yang belum berkahwin, bercerai berpisah, atau balu.
Malaysia berada di belakang Filipina yang mencatatkan peratusan tertinggi dengan 49% penduduknya berstatus bujang.
Brunei pula di tempat kedua dengan 44.9%. Kemboja, Myanmar, dan Thailand masing-masing berada di tempat keempat hingga keenam dengan peratusan 44.6%, 29%, dan 23%.
Indonesia dan Singapura mencatatkan peratusan individu bujang sebanyak 22% dan 20%, manakala Laos berada di tangga ketujuh dengan 17%.
Dua negara dengan peratusan individu bujang terendah ialah Vietnam (16%) dan Timor-Leste (13%).
Menurut Harian Metro, Kajian PBB dari tahun 1970 hingga 2021 yang melibatkan lebih 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia mendapati beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah individu bujang di Malaysia.
Antara faktor tersebut termasuklah pandangan terhadap perkahwinan, peningkatan ekonomi, dan keperluan sosial mereka yang masih bujang.