Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Utility Bidder, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan tenaga dari United Kingdom (UK), didapati bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menyumbang kepada pencemaran lautan dengan jumlah sisa plastik yang mencemari setiap individu sebanyak 2.29 kilogram setiap tahun.

Menurut Berita Harian, Malaysia kini menduduki tempat kelima tertinggi di dunia dalam isu ini.

Baca Juga:

Menurut pengarah urusan Utility Bidder, James Longley, jumlah ini setara dengan 8.9 peratus sisa plastik yang tidak terurus di negara ini, iaitu sejumlah 25.49 kilogram sisa plastik perkapita setiap tahun.

Kajian tersebut juga menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu dari sepuluh negara yang paling banyak melakukan salah urus sisa plastik perkapita.

Filipina menduduki tempat teratas dalam senarai ini dengan pencemaran 3.3 kilogram sisa plastik ke lautan setiap individu setiap tahun, diikuti oleh Suriname dengan pembuangan 2.89 kilogram sisa plastik ke lautan setiap individu setiap tahun.

Longley menekankan bahawa kesan dari tindakan ini sangat serius, dengan beg plastik menyebabkan kematian kira-kira 250 haiwan marin setiap hari akibat lemas.

Beliau juga mencadangkan pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan sisa plastik, termasuk penggunaan botol air dan cawan yang boleh digunakan semula.

“Sekitar 1,500 botol plastik dibuang setiap saat, manakala hanya satu daripada 400 cawan kopi dikitar semula dengan cekap. Sebenarnya, menggunakan cawan boleh guna semula mampu menjimatkan wang,” katanya.

Sumber