Kerajaan Arab Saudi memberi kebenaran kepada negara Malaysia untuk mengedarkan kad Nusuk dalam negara ini kepada Jemaah Haji sebelum jemaah berlepas ke Tanah Suci.
Kebenaran itu sekaligus menjadi Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang berbuat sedemikian.
Baca Juga:
- Tabung Haji Umum Dividen 3.25%, Tertinggi Dalam 7 Tahun
- Bisnes Lembaga Tabung Haji Di UK Catat Kerugian Besar Bernilai RM465 Juta
- ‘Bakal Jemaah Haji Perlu Muat Turun Aplikasi Saudi Visa Bio’- Lembaga Tabung Haji
Memetik BERNAMA, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kebenaran yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi itu merupakan satu pengiktirafan kepada kecekapan sistem pengurusan jemaah haji Malaysia.

“Tahun lepas, kad Nusuk diserahkan di Makkah menjelang Wukuf, namun tahun ini ia diagihkan lebih awal bagi memudahkan pergerakan jemaah.
“Jika kita berjaya menguruskan agihan kad Nusuk dalam negara ini, inisiatif ini akan diperluaskan ke negara Islam lain.
“Ia satu pengiktirafan besar daripada Kerajaan Arab Saudi terhadap kecekapan sistem pengurusan haji negara, hasil hubungan erat dan strategik antara Tabung Haji (TH) dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan dan sesi ramah mesra ke Unit Proses Visa Haji bagi meninjau persiapan pengurusan visa jemaah haji musim ini.
Menurutnya, ada lebih 30,000 jemaah akan berangkat menunaikan ibadah haji kali ini dan persiapan pihak Tabung Haji sudah hampir seratus peratus.
Seramai 632 petugas haji yang terdiri daripada petugas kebajikan, perubatan dan wakil agensi luar yang terbabit untuk menguruskan jemaah haji dari Malaysia.